Friday 28 December 2012

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?




Salam 1 Blogger kepada pembaca yang setia dan budiman. Kali ini aku curi masa pada waktu malam yang hening dengan percikan air hujan yang jatuh berjurai-juraian di atas perut bumi yang indah ini untuk mengarang sepatah dua kata untuk Hyper Contest oleh Taiko tai blogger Apakah iaitu MK Syahir..perut bumi yang aku maksudkan di atas adalah sejenis rumput di atas tanah..haha..okey,aku merapu sudah..
Panjang lak pembuka selera aku neh, dengan ayat yang panjang tanpa setitis noktah pulak tu..err..
Tak percaya korang tengok ayat kedua..

Hari ini, tepat pada pukul 11.50 malam aku bertabah untuk memulakan penggembaraan untuk mereview blog Mk Syahir untuk pertama kalinya.Bukan tak pernah review blog sebelum ni tapi agak kekok sedikit sebab dah lama tak mereview blog orang..Al - maklum la seperti yang kita tau blog akan direview ni adalah blog Taiko Malaya..haha..hyperbola betol aku kasi gelaran kat blogger ni kan?? Ade aku kesah?
Hahaha..Be serious okey..Let's begin our journey.Hoyeeah!

Sebelum apa-apa terjadi aku nak habaq kat ampa semua kat bawah nie adalah banner untuk 
SUPER DUPER HYPER CONTEST yang di anjurkan oleh Taiko Malaya...
Gelaran ini hanya valid untuk beberapa ketika cuma.Untuk menyertai contest ni korang boleh klik url
yang tertera di bawah ya kawan-kawan..Jom tangkap peluang keemasan ni..Hadiah dia bukan main lumayan sungguh..Nanti korang terbang la ke istana hinggap Apakah okey?Naik je pesawat Boeing 727.
Tambang sudah pun dijelaskan semuanya.


http://www.mksyahir.com/2012/12/contest-ada-apa-dengan-blog-mksyahir.html




Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com??  Ada istana? ada lawak jenaka yang mencuit hati? Ada info semasa?Ada gambar yang menarik tak? Ada..Habaq mai ja..sekali klik semua keluaq.

Blog Apakah ni ada keunikan yang tersendiri.

Mungkin anda ada jumpa di blog rakan blogger yang lain..tapi tetap tak sama.serupa tapi berbeza.






Dari segi penyampaian input untuk pembaca,pemilik blog ini selesa dengan penyampaian yang 
bersahaja,santai,sempoi dan yang penting apa yang disampaikan boleh membuatkan kita bermain dengan
pelbagai emosi seperti sengal ubi kayu,tersenyum kambing sorang diri,tergelak sakan bagaikan nak tercabut 
anak tekak dan terkeluar isi perut, merapu,loqlaq,cengeng..semua la ada..haha..yang cengeng aku tak sure.
sbb aku tak pernah cengeng kesedihan kat blog beliau..haha..okey aku tetap aku..eh..stop!! jangan meraban yana..

Aku suka blog beliau sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke mahligai yang indah ini.Aku kenal beliau 
sejak beliau mula bertatih dalam dunia blogging ni..Beliau mula berblog pada 13 Mac 2012.
Ketika itu,beliau masih bertatih bagaikan bayi yang sedang belajar bejalan dalam dunia blogging yang 
penuh dengan ilusi,fantasi,realiti dan keseronokan. Beliau gigih menerjah ke satu group blogger ke group
 blogger yang lain untuk mendalami ilmu berblogging ni sampai la dia berjaya mencipta satu group blogger 
yang di terajui olehnya sendiri iaitu Blogger Apakah?.

Sekarang beliau sedang mendaki tangga ke puncak kejayaan dari langkah pertama dan seterusnya.
Blog beliau sudah melonjak naik dari satu tahap yang samar-samar kepada tahap yang lebih baik.
Dari mengesot dah boleh merangkak,dari merangkak dah boleh berjalan,dari berjalan dah boleh berlari 
dah sekarang.

Aku rasa beliau sudah menghampiri kejayaan tersebut..mungkin beberapa langkah lagi beliau
 akan mendapat kunci mangga kejayaan tersebut.Cuma apabila korang tengok beliau jarang
update kebelakangan ini bukan bermakna dia berpaling tadah dari dunia seorang blogger
 tapi beliau sedang menyesuaikan diri dalam dunia baru beliau sebagai seorang yang bekerjaya. 
Aku harap dia dapat membahagi masa dengan sebaiknya.Cool and chill bro..I know u can..yezza!

First time, masuk kat situ aku dah jatuh cinta kat kata-kata beliau..Oh,indahnya waktu itu..ekeke..
macam orang dilamun cinta lak..
Meh sini nak paparkan kata-kata beliau yang mencuit hati pacal yang hina ini..
Tadaa !!!



"Biar muka hodoh asal hati cantik, Biar miskin harta asal kaya ilmu, 
Biar kulit kasar asal budi bahasa lembut,

Biar perut lapar asal rohani kenyang, Biar orang benci asal Allah sayang =)"



Cun melecun tip top meletop habaq hang..100 bintang untuk beliau..best kan kata-kata nie..

Syabas betei aku ucapkan sebab beliau dah sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat tak sampai pun setahun.
.Ada blogger tu susah nak menonjol dalam dunia blogging sebab mungkin mereka terlalu menceritakan hal peribadi sahaja dan tidak mempunyai point untuk menarik hati orang untuk membaca..So,sebagai seorang blogger kita perlu la siasat citarasa para blogger sekarang ya..apa yang mereka mahukan dan macam-macam lagi..ingat..bukan blogger dari Malaysia je yang baca dan jumpa blog kita ni.Blogger negara lain pun akan masuk ke blog kita melalui search engine untuk mencari input tentang sesuatu perkara. Contohnya, Indonesia,Singapura,Russia, Kanada..



Sekarang masa untuk mengkritik pula. Okey,first of all..aku mintak maaf ye kalau kata-kata aku agak pedas seperti cili padi.. Aku rasa blog beliau memberat dengan widget yang banyak itu.Sebab apa aku cakap macam nie? Sebab apabila loading blog beliau memakan masa yang agak lama juga untuk mengeluarkan keseluruhan isi blog tersebut. Mohon buang widget yang dirasakan tidak penting..sebab berat blog memainkan peranan penting..kalau blog korang lambat loading,kebarangkalian user meninggalkan blog anda

adalah 87.89%..ini mengikut kajian para otai blogger.

adangkala,blog yang lambat loading ni akan membuatkan pengunjung blog kita menekan button pangkah (X) dengan lebih cepat.Erm my opinion,button SHARE IT  kat blog beliau tu  perlu diubah kedudukannya,  just letak share it kat bawah entry sudah memadai. Ang paham dak apa yang aku cuba sampaikan nie? Kalo tak paham cuba pahamkan jugak okey..Then, kurangkan entry per page..dalam satu page tu just letak 3-5 entry je..lebih sikit lebih elok..memudahkan proses loading.Bab komen,dah oke sebab beliau dah guna pop-up komen. Oh ya, lagi satu an kita kena selalu timbang berat blog kita kat Website Speed Test di sini ...
tak pun kalau korang sudah biasa dengan website lain untuk menimbang blog korang..so,timbang la di situ ya. Ada orang kata dengan buat tab page pun akan meringankan blog kan..Erm..last but not least,aku cadangkan untuk exchange banner tu jadikan dia page tab..senang cket nak wat exchange banner..xde la menepek sensorang dia kat bawah..kesian lak aku tengok..hiks..mohon angkat takhta beliau ke atas ye Taiko Malaya..hehe..

Apa yang aku kata kat sini adalah untuk peringatan aku sendiri juga.Bak kata pepatah Inggeris, Sharing is caring..hehe..Bak kata seorang blogger, "share your knowledge,it's a way to archive immortality"...

Lagi nak tulis apa ya?? Ermm..jap nak pikir..asenye cam xde dah kot..hehe..nak kasi kata semangat la pulak..hehe..kemainnn dia..Aku harap blog Taiko Malaya kami ni akan lebih maju dan pesat membangun
 pada masa akan datang.InsyaAllah..Sekian dahulu coretan dan contengan dari insan yang kerdil ini..
Tak mau mengarang dah takut meleret-leret pulak nanti..pastu terlepas waktu tido..nie kira nak dekat
 empat jam dah  aku bertabah untuk mengeja dan menaip setiap patah perkataan gerpak
mentelaah blog MK Syahir ni..kiranya kalau hantar untuk exam BM nie mst lulus kan..siap
boleh dapat A+ kot..ekeke..dah lebih 360 patah perkataan aku kira..haha..okey aku tipu je :p
aku tak kira pun sebenarnya..malas!teettt...semuanya kerana contest ini semata-mata..Dengan
ini aku minta izin untuk mengundurkan diri buat seketika..Sekian sahaja,review yang panjang
lebar dari aku untuk taiko malaya nie..wabillah hi taufik wal hidayah..Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..sekian,terima kasih..


Pesanan dari penaja Skuad Cakna :
Makanlah biskut Tiger dan minum milo untuk menambahkan tenaga anda yang sudah hilang..
ekekeke..Majulah blog untuk negara dan semua.. ^^ peace yow!

"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh 
blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.com,
 babyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.com,
 fuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.com,
haiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.my,
 queachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com

P/S: Abg Syahir, nie Yana review dari jantung blog tau..hehe..xde la..nie just
 dari pandangan Yana jew..apa yang Yana nampak n apa yang terlintas di minda 
dan hati Yana tulis belaka..haha..Yana minta maaf kalau terkasar bahasa dalam
entry nie..hehe..layann naa..zass =p



kamus dewan edisi ke-3 ..perkataan gerpak = sekaligus


Mak cik google yang tolong lukis td..hihi 

Wednesday 17 October 2012

ABOUT BANNER CREW'S




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 BLOGGER =)


INI ADALAH BLOG UNTUK BANNER CREW YANA : LIFE STORY =)





UNTUK TERJAH MEREKA KORANG BOLEH KLIK KAT 
PAGE BANNER CREW I & BANNER CREW II ...
(^_^)

KALAU KORANG NAK BANNER BLOG KORANG MASUK 
DALAM LIST BANNER CREW NIE , KORANG BOLEH TINGGALKAN URL BLOG KAT DALAM KOTAK KOMEN DI BAWAH..HEHEHE =)


17 Oktober 2012